Saturday, January 30, 2016

VIVIX BANTU PESAKIT STROK PULIH DENGAN CEPAT

Adakah Vivix Dapat Membantu Pesakit Strok?

InsyaAllah, setiap penyakit ada ubatnya. Berdasarkan testimoni pengguna yang telah mencuba untuk ahli keluarga yang mengalami strok, Vivix memang sangat membantu. Alhamdulillah.. Ini kerana Vivix mempunyai 1001 khasiat dalam meningkatkan tahap kesihatan. 

Antara lain yang perlu anda tahu mengenai Vivix:
  1. Melawan penuaan selular.
  2. Perlindungan antioksidan.
  3. Melindungi dan pembaikan selular DNA.
  4. Menyokong kesihatan kardiovaskular.
  5. Menyokong kesihatan jantung.
  6. Menyokong kesihatan sendi dan otak.
  7. Meringankan stress.
  8. Mengurangkan keinginan untuk merokok.




Strok adalah satu penyakit serangan otak secara tiba tiba akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit strok ini merupakan penyakit pembuluh darah otak (serebrovaskular) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Hal ini disebabkan kerana adanya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah menuju otak hingga darah dan oksigen ke otak berkurang dan menimbulkan satu rangkaian reaksi biokimia yang merosakkan atau mematikan sel sel saraf otak.


Faktor Risiko




  • Beberapa faktor berlainan meningkatkan risiko strok, termasuk: Tekanan darah tinggi (hipertensi) yang tidak dirawat. Ini merosakkan dinding-dinding arteri.
  • Diet. Diet yang tinggi kandungan garam dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, sementara diet yang banyak makanan berlemak dan manis dikaitkan dengan pengasaran permukaan dan penyempitan arteri
  • Penyakit kencing manis (Diabetes). Mereka yang menghidap kencing manis mengalami lebih kemungkinan mengalami tekanan darah tinggi dan aterosklerosis, dan oleh itu lebih berisiko mengalami strok.

  • Pernah mengalami TIA (Serangan Iskemia Sementara, juga dikenali sebagai strok mini). Dianggarkan seorang dari lima yang mengalami strok penuh pertama, pernah mengalami satu atau lebih TIA sebelumnya.

  • Fibrilasi atrium. Jenis degupan jantung yang tidak teratur ini meninggikan risiko pembentukan gumpalan darah di dalam jantung, yang kemudiannya mungkin tertanggal dan dibawa aliran darah ke otak.

  • Merokok. Ini mempunyai berbagai kesan negatif kepada arteri dan dikaitkan kepada tekanan darah yang lebih tinggi.
  • Tabiat minum (alkohol) yang kerap. Selepas beberapa lama, ia menaikkan tekanan darah, sementara kesukuan minum alkohol boleh menaikkan tekanan darah ke ketinggian yang berbahaya dan mungkin menyebabkan saluran darah di otak pecah.
  • Sesetengah jenis pil perancang keluarga. Ini boleh menjadikan darah lebih pekat dan lebih berkemungkinan bergumpal. Mereka juga boleh menaikkan tekanan darah.


Faktor-faktor risiko yang tidak boleh dikawal.
  • Umur - Strok lebih kerap terjadi kepada mereka yang berumur di atas 55 tahun, dan kadarnya terus meningkat dengan umur. Ini mungkin kerana arterosklerosis mengambil masa yang lama untuk terbentuk dan arteri menjadi kurang kenyal dengan pertambahan umur, menaikkan risiko tekanan darah tinggi.
  • Jantina - Lelaki lebih berisiko mengalami strok berbanding wanita, terutamanya di bawah umur 65.
  • Sejarah keluarga - Mempunyai saudara terdekat yang pernah mengalami strok meningkatkan risiko, mungkin kerana faktor-faktor seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis cenderung menimpa keluarga.


Langkah Pencegahan

  • Hindari dan hentikan merokok ~ 
    Merokok dapat menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan membuat darah anda menjadi mudah menggumpal.

  • Periksa tekanan darah secara rutin ~ 
    Tekanan darah yang tinggi akan membuat pembuluh darah anda mengalami tekanan ekstra. Walaupun tidak menunjukkan gejala, sentiasa periksa tekanan darah secara rutin.

  • Pantau jantung anda ~ 
    Kalau anda memiliki gejala atau gangguan jantung seperti degupan yang tidak teratur atau kadar kolesterol tinggi, berhati-hatilah kerana hal itu akan meningkatkan risiko terjadinya strok. Mintalah saranan doktor untuk langkah terbaik.
  • Atasi dan kendalikan stres dan depresi ~ 
    Stres dan depresi dapat mengganggu bahkan membahayakan nyawa anda. Jika tidak diatasi, dua hal ini pun dapat menimbulkan masalah jangka panjang.
  • Makanlah dengan sihat ~ 
    Anda mungkin sudah mendengarnya banyak kali, namun penting ertinya bila anda disiplin memakan lima bahagian buah dan sayuran setiap hari. Hindari makan daging merah terlalu banyak kerana lemaknya dapat membuat pembuluh darah mengeras. Makanlah makanan berserat kerana ia dapat mengendalikan lemak dalam darah. 
  • Kurangkan garam ~ 
    Kerana garam akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi.
  • Pantau berat badan anda ~ 
    Memiliki badan gemuk atau obes akan meningkatkan risiko Dengan obesity anda berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan diabetes, dan semuanya menjadi punca terjadinya strok.
  • Berolahraga dan aktif ~ 
    Melakukan aktiviti senaman secara teratur membantu anda menurunkan tekanan darah dan menciptakan keseimbangan lemak yang sihat dalam darah.
  • Kurangkan/elakkan alkohol ~ 
    Meminum alkohol dapat menaikkan tekanan darah, oleh kerana itu elakkan alkohol bererti menghindarkan anda dari tekanan darah tinggi.
Amalkan langkah pencegahan dari sekarang. Hadiahkan utk ibu bapa tersayang sebotol vivix hari ini utk kesihatan mereka. Kita tak dapat mengubah apa yang bakal terjadi tetapi kita dapat membantu mengurangkan kesannya..


No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...