Sunday, August 28, 2016

TIPS MENCEGAH BAYI DARI JAUNDIS

Kuning oh kuning...haa..perkataan lain selain Jaundis. Kita lebih selesa sebut kuning kan. Masa mengandungkan Abang Long dulu tak alert pun pasal kuning ni tp bab mkn memang jaga. Semua jenis susu nak cuba..untuk baby kan..tak salah pun. Lepas je bersalin..aduhhh memang sengsara hidup. Abg long terpaksa 2 mlm kat hospital sbb kuning. Stress mak! huhu

Abang Ngah plak ada la 3 ke 4 kali ambil darah..kuning tak tinggi sangat. Seingatnya ibu amalkan susu kambing Higoat masa kandungan dah masuk 7bulan. Jaga mkn mmg of course la kan. Vitamin pun cuma ambil yg klinik punya. Susu pun cuma boleh layan HL je.

Masuk anak ke3 ni..jeng2..dah kenal Shaklee so mmg consume shaklee sebelum pregnant lagi. Masa pregnant masuk 7bln mmg amalkan susu kambing tapi kali ni beli yang fresh punya.  Bila dah fresh baunya pun fresh..tak berapa nk boleh telan. Dannnn..paling2 byk ibu amalkan ialah air kelapa muda. Boleh dikatakan hampir setiap hari tau sehingga 40w pregnant. Alhamdulillah..mmg bebas kuning.

Ohh ya..3minggu terakhir ibu amalkan 2biji alfalfa sekali sehari. Apa kaitannya dengan alfalfa? Nanti kita buka entry baru..(Alfalfa Cegah Kuning)


Jom..ketahui tip utk elak baby dari Jaundis. Ibu dapat hasil google ni..


1. Minum air glukos original semasa kandungan sudah masuk minggu ke 36.


2. Amalkan minum susu kambing ketika mengandung. Haaa..mmg terbukti kan..😃😃

3. Elakkan jeruk ketika hamil. Yang ni mmg ibu pun tak berapa nak suka.

4. Makanan ringan dan mee segera plssss elakkan sb tinggi msg dan garam so tak bagus untuk kesihatan ibu dan yang paling penting tidak bagus untuk perkembangan otak bayi.

5. Makan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu, telur, ubi kentang dan tuna. Atau nak mudah, telan je ostematrix. Kalsium dapat, vitamin D pun dapat. Yang bestnya ostematrix ni bila makan waktu hamil, sakit belakang, kaki cramp, sembelit semua takde insyaAllah.

6. Makan epal hijau, anggur dan buah delima.

7. Elakkan makan kerang.

8. Minum susu yang dikisar bersama kurma. Bila amalkan pemakanan sunnah ni insyaAllah banyak kebaikan yang boleh kita dapat.

9. Elakkan minum air berkarbonat. Air berkarbonat mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Jadi amatlah tidak sesuai untuk ibu yang sedang hamil. Kang tak pasal2 dapat GDM (Gestational diabetes mellitus) plak.

10. Kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti betik dan lobak merah.

Kalau dah lahir ada juga Jaundis mcm mana pula?



1. Susukan bayi anda sekerap mungkin. Baby kuning ni mmg suka tidur jadinya kerap kejutkan dia utk menyusu sejam sekali. Susu ibu juga akan membantu sistem pencernaan bayi untuk bekerja dan membuang semua bahan kumuh. Makin banyak bayi berak, makin cepat keluar bilirubin dalam badan.

2. Cuba amalkan Alfalfa Shaklee 2biji sehari.

3. Jemur bayi di cahaya matahari pagi dalam pukul 7-8 pagi. Cukup sekadar letak bayi anda di jendela untuk dapatkan cahaya matahari pagi..haa yg ni tak perlu kot. Sian baby nanti

4. Mandikan dengan Air rebusan daun belimbing buluh. Mandikan dengan air daun kucai pun ok juga.

5. Cuba cari ubat kuning utk mandi di kedai herba cina.

Byk lagi petua sebenarnya. Kita berusaha mana yang termampu dan berdoa kpdNYA.

Ingin dapatkan SET HAMIL dan SET BERPANTANG SHAKLEE boleh terus hubungi akak yer..

📲📲 012 4513311

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...