Sunday, December 10, 2017

BAHAYA PENYAKIT TIBI

BATUK BERDARAH DAN RISIKO TIBI

Apa itu Tibi?
Penyakit Tuberculosis atau TB disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai Batuk Kering.




Bakteria adalah punca kepada penyakit Tibi ini merebak melalui cecair yang terlepas ke udara apabila batuk atau bersin.
  • Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti.
  • Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai (pulmonary tuberculosis) TB Pulmonari.
  • Boleh dikatakan, semua organ di dalam badan boleh dijangkiti termasuk otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit.

APAKAH GEJALA/TANDA-TANDA?
  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Hilang selera makan atau turun berat badan
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
  • Mudah letih dan lemah
  • Serak suara

Siapa yang berisiko terkena Tibi?
Tibi menyerang sesiapa sahaja dan golongan yang berisiko adalah:
  • Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV)
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan penyakit Tibi yang tinggi
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV
  • Pesakit kronik seperti SLE, DIABETES
  • Mereka yang menjalani kemeoterapi dan dialisis
  • Warga tua 

Tibi boleh dirawat ke?
Sebelum itu, anda perlukan pemeriksaan untuk pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering yang terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
  • Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital
  • X-ray dada

Bahaya kan penyakit Tibi ni. InshaAllah next entry KakFiza kongsikan jenis rawatan untuk pesakit Tibi.

KakFiza
SungaiPetani

No comments:

Post a Comment