Friday, December 29, 2017

KEPENTINGAN ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Assalamualaikum...

Asid folic sangat penting untuk ibu hamil. Malah, ibu disarankan mengambil asid folic 3 bulan sebelum merancang kehamilan.


Pengambilan vitamin asid folik mengikut cadangan ialah sebanyak 400 mcg setiap kali sebelum dan semasa kehamilan mempunyai banyak kebaikannya. Sebaik disahkan hamil, memang dah wajib amalkan asid folik untuk tumbesaran janin.

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi ibundan bayi. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin.

Mengapakah ibu perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.


Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Jadi, kalau dah Misi bagi segala jenis vitamin sewaktu check up tu, tolong la makan. Untuk baby jugak nanti.

Shaklee pun ada asid folic tau. Kalau dah tau bagus lah...tapi kalau belum inahaAllah next entry KakFiza story yer..

KakFiza
SungaiPetani

No comments:

SEDIAKAN HIBAH TAKAFUL ATAU TUNAI SEGERA SEHINGGA RM500,000 KEPADA YANG TERSAYANG

HANYA RM100 SEBULAN UNTUK PAMPASAN MINIMA RM350,000 DAN BERGANDA UNTUK KELUARGA ANDA.. Risiko ada dimana-mana. Tidak kira tua ataupun muda. ...